Tuesday 17 September 2013

Cawangan / Kiosk baru dibuka di Bandar Seri Putra, Bangi.


Penduduk di sekitar Bangi dan Kajang boleh menikmati Sengkuang Calit Lagenda di Kiosk baru kami di hadapan Coolblog Bandar Seri Putra, Bangi.

Saturday 15 December 2012

Pantun Sebelum Makan Sengkuang Calit


Tanam sengkuang di Changkat Larah,
Hasil di jual kepada Li Panjang,
Sos sengkuang berwarna merah,
Rasanya manis berserta kacang.

Pergi ke bazaar menaiki Stanza,
Pergi membeli sepaket meggi
Sengkuang lagenda sangat berbeza,
Sekali gigit..pasti nak gigit lagi.

Pergi ke market naik kelisa,
Kelisa dipandu lelaki sasa,
Rugi anda kalau tak rasa,
Sengkuang lagenda luar biasa.

Sejuk Sungguh Air Perigi
Dah tengok haaahhh ...tungguu apa lagi.

Friday 7 December 2012

Pantun Seloka Sengkuang Lagenda


Pak Mat  membeli kereta sorong,
Kereta sorong berwarna jingga,
Sengkuang Lagenda ramai yang borong,
Buat hidangan seisi keluarga.

Pergi ke laut bersama Cik Mi,
Untuk menangkap kerang di Marang,
Sengkuang Lagenda resepi kami,
Dari dahulu sehigga sekarang.

Lagu tiga kupang ,
Saku penuh padi,
Mai makan sengkuang,
Rasanya enak sekali.

Bawak roket seorang diri,
Dari pagi sampai ke pagi,
Try rasa sengkuang calit sendiri,
Sekali rasa pasti nak lagi..nak lagi..

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan cipanzi ,
Sengkuang Lagenda senang dicari,
Contact saja En Fadli. =)

Monday 3 December 2012

Sos Sengkuang Calit Lagenda

 Inilah rupa "Sos Sengkuang Calit Lagenda & Sos Sengkuang Calit Pedas".
 Sos Sengkuang Calit Pedas warnanya agak kehitaman cuba ler rasa dulu bagi yang suka rasa yang pedas. Cuba ler dulu anda  pasti nak lagi...nak lagi...

Hubungi Untuk Tempahan
013-3626 202 En. Fadli

Tuesday 25 September 2012

Sengkuang Calit- Rasa Sekali Nak Lagi



Sengkuang Lagenda Citarasa Asli,
Enak di Makan Setiap Hari,
Resepi Turun-Temurun Kini Dinikmati,
Diadun Dengan Citarasa Terkini,
 Mengimbau Kenangan Menggamit Memori.


Tunggu apa lagi jomm ler cuba!

Hubungi Untuk Pesanan
013-3626 202 En. Fadli

Info Khasiat Sengkuang
  • Sengkuang mengandung isoflavon yang berfungsi sebagai¬ antioksidan yang boleh mencegah kerosakan pada kulit akibat terkena sinar ultra violet dari matahari.
  • Mengandungi mineral dan vitamin.
  • Jus ubi sengkuang dicampurkan gula diminum untuk melawaskan buang air kecil, menurunkan tekanan darah tinggi, menyejukkan badan dan mengelakk kejadian bisul atau jerawat.
  • Sesuai untuk¬ mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia tiada lemak tetapi kaya dengan sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B.
  • Sengkuang yg di telah di kupas kulit dan dipotong perlu di sejukkan dalam peti sejut atau ais batu. Untuk  mengelakkan ia masam dan berubah warna.
  • Boleh dimakan mentah, campuran dalam¬ masakan, hidangan pencuci mulut, dll.